Monday, 23 July 2018

TENTANG AKU


Ijazah Pengurusan Awam Dengan Kepujian
Universiti Utara Malaysia
No Matrik : 257985
Nama : Mohd Farieza Bin Suhaimi
Pekerjaan : Anggota Penguatkuasa Maritim
Umur : 30 Tahun
Status : Berkahwin
Alamat : Lot 2987 Jalan Masjid Utama Bandar Permaisuri, 07000, Setiu Terengganu
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir : 07 Oktober 1988
Hobi : Melayari Internet, Merakam Video
Cita-Cita : Perdana Menteri 

Tuesday, 17 July 2018

PEMANDANGAN INDAH LANGKAWI


PEMANDANGAN INDAH LANGKAWI

LOOK OUT POINT

Hai semua, suatu petang abang kebosanan abang try la merakam video kat sini...hehehe..tempat ni diberi nama Pemandangan Indah..Korang naik jer tempat ni terus boleh nampak Pantai, Airport..boleh layan sunset sambil tengok flight berlepas dan mendarat...haaaaaa satu lagi, kalau time LIMA tempat ni korang akan terkejut dengan kebanjiran penonton yang ingin menyaksikan pertunjukan udara dari jet jet pejuang yang terlibat....Memang best tempat...kalau korang dari Kuah nak ke Airport, korang akan perasan tempat ni sebelah kiri atas bukit..3 km sebelum sampai airport...Jangan lupa singgah yer , boleh shoot photo sini tau...yehaaaaa....zaaaasssss ...byeeee.

DATARAN LANG LANGKAWI


DATARAN LANG LANGKAWI

Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau LangkawiKedahMalaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Terletak di sudut tenggara Pulau Langkawi, selain menawarkan pemandangan Teluk Kuah yang indah, Dataran Lang mempunyai pancuran mandian kecil, teres dan jambatan yang cantik, menjadikannya tempat yang sesuai untuk foto-foto percutian yang sempurna. Alun-alun itu adalah tempat yang baik untuk menonton feri di seberang pelabuhan tetapi merancang perjalanan di sini awal pagi atau lewat petang ketika matahari terbenam.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menakjubkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.


PANTAI TANJUNG RHU


PANTAI TANJUNG RHU 

Terletak di seberang Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu pantai terbaik di Langkawi. Perairannya sejernih seperti kristal, pasir itu serbuk-bubuk dan memandu ke arah pantai ini, anda perlu melewati koridor hutan yang padat. Kawasan ini benar-benar terpencil dan suasana tenang dan damai. Terletak bersebelahan dengan batu kapur batu kapur, Tanjung Rhu sangat menarik dan walaupun ia hangat seperti Hades di beberapa kawasan lain di Langkawi, di sini udara segar, bersih dan sejuk. Terdapat beberapa gerai tepi jalan menjual kegemaran tempatan Langkawi - mee gulung - tetapi selain daripada kawasan itu tenang. Menampilkan jalan yang bersih, terdapat juga hotel untuk menginap iaitu Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort....Welcome to LANGKAWI..

LATA MERBAU MENYUSUP


LATA MERBAU MENYUSUP : Lata ni berada di Kampung Langkap,Daerah Setiu Terengganu..dekat la dengan kampung abang...hehehe....Perjalanan dari Bandar Permaisuri Setiu ke Kampung Langkap lebih kurang 30 minit je...Boleh masuk rapat ke sungai sebab jalan dah diturap..memang sempoi...cantik tempatnya...dan menjadi tumpuan ramai...Yang baju kuning tu anak sulung abang la, Fariz Naufal namanya...Kalau dengan air jangan citer la, kalau bagi makanan dia nk mandi lagi dari makan..haahaa..Agaknya ikut bapak dia kot MARITIM...kah kah,,,...Nanti korang datang kampung abang,abang bawa korang ke sini...Nasi jangan lupa,kita nak berkelah..hehehe..menjamu selera dalam air sempoi habis...hehehee...

TRIP MEMANCING PULAU PERHENTIAN



25 APRIL 2018 TRIP MEMANCING PULAU PERHENTIAN : Assalamualaikum...Abang nk share pasal trip memancing ni...Abang punya abang ipar ada buat pakej trip memancing..Syok jugak la..Pasal bot sendiri..hehehe...korang boleh roger abang la kalau nk trip memancing murah Pulau Perhentian... 0199869698..roger la...Trip yang ni abang pegi dengan family jer...budak kecik pun ikut gak...tkde la dapat ikan besar sbb budak budak keje nk ajak round dengan bot jer...Tak sempat la nk memancing lama...hehehe...apa pun kami enjoy la..Next trip lepas tu banyak dapat ikan, tapi abang tk ikut...Maklum la abang kan keje kat langkawi,tk ngam dengan tarikh yang diorang setting date....hehehe...korang layan la yer video tu..hehehehe..byeeeee...


HOW TO MAKE EASY CHOCOLATE CAKE


Assalamualaikum...hai...apa khabar...?harap korang semua sihat la yer...Korang mesti suka makan kek coklat kan??? ni haaaaa..abang ada buat video sikit cara cara nk buat kek coklat...Abang tukang rakam jer,adik adik abang yang buatkan...hihihii...Abang standby nk melantak jer..hahahaha...Abang harap korang dapat belajar la yer...mudah jer tu...Buat biar menjadi tau...dah siap tu, roger la abang sekali yer..nk try jugak apa yang korang buat...hahaha...ok, outttt.....zaaaasssss

HOW TO MAKE EASY CHOCOLATE CAKE...!!!

Monday, 16 July 2018

PANTAI PENAREK SETIU TERENGGANU


Helooooooo kawan...ni abang nk share...hari tu abang ada bawak family abang pegi makan di Pantai Penarek Setiu, Terengganu...tk jauh pun dengan kampung abang..apa yang menarik,dia punya udang bos....merecikkkk betol..Pernah dengar udang viral???? haa ni la..RM10 48ekor (bergantung pada harga semasa udang jugak)..dah la kedai tepi pantai...fuh hebat...Kalau korang ada tergerak hati nk ke Terengganu boleh la singgah di Pantai Penarek...Jangan lupa contact abang tau,pastu belanja la sekali...tkkan itu pun nk kena ajar..kah kah kah...abang gurau jer...Korang layan la yer video tu...Gambar pun abang ada up jugak..tengok dan share...haaa lagi satu, subcribe channel youtube abang jangan lupa...eheheheheee...korang tengok video tu jangan meleleh pulak air liur tu...adoiiiiii...k abang out dulu...malas la nk taip panjang, sebab tu abang up video...k bye...HIDUP SEAFOOD!!!!



NASI ARAB KAKI GUNUNG

NASI ARAB KAKI GUNUNG CAFE ??????Haaah ini lah antara yang korang harus cuba sekiranya ke Langkawi...power beb nasi arab dia...antara feveret abang la ni...tk mahal sangat,lebih kurang RM15 jer ..Dia punya nasi banyak weii..memang korang akan tersandar lah kalau makan...Cafe ni terletak sebelum Simpang Gunung Raya...alah nanti korang akan nampak kedai ni kalau nak ke gunung raya..tepi jalan jer...Pelbagai lagi menu menarik seperti YAMBING(nasi arab ayam + kambing) dan western pun ada....Air dia power jugak...macam macam jenis air ada...Pendek kata,panjang tak kata apa korang mesti puas hati laa...Yang abang duk bising suruh korang pergi ni pasal abang dah try...korang layan video tu kalau tk cayer.....ni kat bawah abang bagi detail kedai..,abang tau korang nk cari kan,cuma malu malu jer...cehhhh...

Nasi Arab Kaki Gunung : 017-406 6176
Masa Operasi 11.00pg - 11.00 mlm
Jumaat TUTUP




NASI DAGANG PAK MALAU

Helloooo semua...Ni abang nak share antara kedai makan yang power kat Langkawi...Nasi Dagang Pak Malau disebut sebut di Langkawi... merupakan antara nasi dagang yang wajib dikunjungi sekiranya korang bercuti di Pulau Langkawi.Nasi Dagang Pak Malau merupakan salah satu menu terbaik untuk sarapan pagi korang di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang lain...Kalau korang nk tau, kedai dia tepi sawah padi dan di kaki bukit...korang akan rasa damai weeeeeiiiiii sambil makan sambil layan view yang terbaik...Kalau korang nk ke Makam Mahsuri tu korang bleh nampak kedai dia sebelah kiri...kat bawah abang share detail yang boleh menjerumus korang ke arah kesedapan NASI DAGANG PAKMALAU :
Pak Malau : 012-271 1977
Waktu Operasi : 8.00Pg - 2.00Ptg
Selasa Tutup k.....
Jom kita tengok video yang sempat abang rakam disana...Jangan Lupa subcribe channel youtube abang yer..hehehehe,...(promote sikit)


Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Langkawi



Sunday, 15 July 2018

PJJ UUM


Last Kuliah Sebelum Ke Final Exam



Assalamualaikum bersama saya lagi...Hari ini abang nak share berkenaan Program Pengajian Jarak Jauh yang sedang abang sertai. Program ini mengambil masa selama hampir 5 tahun pengajian, yang mana kelas hanyasekali sebulan iaitu Jumaat dan Sabtu. Program pengajian ini dibawah Universiti Utara Malaysia. Belajar sangat sempoi bersama tenaga pengajar dan kawan kelas. Semua baik,peramah dan saling bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan...Banyak yang dapat ditimba dalam pengajian ini.  kepelbagaian tugasan amat menyeronokkan..ada kalanya kena buat asingment berdasar kan video..Dibawah abang sertakan antara salah satu video tugasan yang kumpulan abang buatkan bertajuk INTEGRASI ANTARA KAUM SEMENANJUNG DAN BORNEO :



Sudah tengok video tu??? sempoi habis kan?hahaha...Seronok bos belajar walau kadang kala ada sedikit stress tapi enjoy..Kalau korang nk sambung belajar boleh la ke Laman Web UUM iaitu www.uum.edu.my/ ...Ok lah, nanti abang bercerita lagi yer..stay tune...bye

HIKING BUKIT PENARAK LANGKAWI







HIKING SUNDAY : BUKIT PENARAK LANGKAWI

Program yang julung kali dianjurkan oleh Krew Kapal Maritim Sugut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jumlah peserta yang menyertai seramai 16 orang. Program ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama anggota dalam mengharungi perjalanan disamping dapat meningkatkan kecergasan anggota yang menyertainya. Perjalanan mendaki dan menuruni bukit mengambil masa kira-kira 4 jam pergi dan balik. Lebih menarik, perjalanan berjaya memjumpai jalan untuk ke Pantai Selat Panchur yang mana pantai ini tidak boleh didatangi pengunjung kerana tiada jalan raya menuju kesini. Program bermula jam 8am  dan tamat pada jam 1.00pm dengan jayanya.